Wednesday, February 10, 2010

Kosmetik Akupuntur : Bukan sekadar cantik kulit

Kosmetik akupuntur telah terbukti bukan sahaja mampu menghilangkan kedutan pada wajah, dan memberikan penampilan baru pada bentuk tubuh dan wajah malah ia turut memberi kesan positif terhadap gaya hidup anda. Respon daripada kebanyakan penerima rawatan kosmetik akupuntur mendapati diri mereka lebih sihat; sistem pencernaan semakin lancar, mendapat tidur yang lebih berkualiti, lebih tenang dan kurang tekanan (mild depression), lebih kuat, segar dan bertenaga.

Dengan kosmetik akupuntur, penerima rawatan sebenarnya mendapat faedah untuk menjadi muda secara dalaman dan luaran. Ia bukan semata-mata mensasarkan kecantikan kulit luaran sahaja malah pada masa yang sama, setiap poin pada titik-titik akupuntur memberikan kesegaran dan kesihatan fizikal, mental dan emosi pada seluruh tubuh. Maka ini bermakna, pesakit mendapat pakej faedah daripada rawatan kosmetik akupuntur ini. Yang paling penting tiada langsung kesan sampingan negatif seperti suntikan Botox atau pembedahan plastik.

Kebanyakan pengamal kosmetik akupuntur dan penerima rawatan kosmetik akupuntur menjamin ; dahi menjadi lebih licin, perut semakin kempis, dan tiada lagi dagu berlapis.

Sumber :

Not Just Skin Deep - Acupuncture for Facial Rejuvenation
By: Denise Ellinger, L.Ac.




0 comments: