Wednesday, February 3, 2010

Kempen 1 Halal 1 Malaysia

Pada 26 hingga 28 Februari ini akan diadakan pameran bersempena Kempen 1 Halal 1 Malaysia yang bertempat di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

SAM Shifa Complementary Clinic juga tidak ketinggalan menyertai kempen ini. Fokus pameran kami pada hari tersebut adalah berkenaan perkhidmatan rawatan kosmetik kami iaitu Kosmetik Akupuntur.

Pada hari pameran tersebut kami akan mengedarkan pamplet yang akan menerangkan serba ringkas mengenai Kosmetik Akupuntur. Di samping itu kami juga akan menjual produk-produk kesihatan yang lain dengan potongan harga yang menarik.

Sila datang beramai-ramai ke Kempen 1 Halal 1 Malaysia dan kunjungi gerai pameran kami...!!

0 comments: