Saturday, January 23, 2010

"Titik-titik Akupuntur" dalam Kosmetik Akupuntur



Hasil Rawatan Kosmetik Akupuntur

Sebelum menjalani rawatn kosmetik akupuntur. Jerawat yang sangat tebal, ketara dan nyata akibat resdung yang teruk.
Semasa sesi rawatan berjalan. Jerawat semakin berkurang.

Selepas sesi rawatan tamat. Hanya parut-parut jerawat yang semakin menipis sahaja yang kelihatan.


Serum set

Whitening Moisturizing Serum RM39.90
Dirumus khas untuk mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Bertindak di lapisan dermis dengan lembut untuk menjadikan kulit sekata secara menyeluruh. Membantu merawat tompok hitam,parut dan seklaigus mencerahkan kulit secara secara semulajadi tanpa penglupasan.

Azulen Serum (Acne/Pimples Treatment) RM39.90
Serum khas membantu meredakan semua jenis jerawat di samping menambahkan zat pada kulit anda. Ratakan pada bahagian bermasalah selepas penggunaan toner.

Nak beli produk di atas ni? Klik aje sini...^_^



4 dalam 1 set percubaan untuk kulit berjerawat

Set Percubaan 4 dalam 1 ini berharga RM89.90 sahaja. Pembelian produk boleh dibuat dengan klik saje di sini..^_^

Bahaya BOTOX

Berita Harian : 02 September 2008 (2 Ramadhan 1429)

Agensi Perubatan Catat 600 Kes Negatif suntikan 'Botulinum toxin'

BERLIN:
Selepas pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan, pegawai Eropah pula mengeluarkan amaran mengenai bahaya kesan sampingan suntikan Botox untuk menghilangkan kesan kedutan, menurut laporan sebuah majalah mingguan Jerman.

Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mempunyai ibu pejabat di London merekodkan lebih 600 kes kesan negatif suntikan yang dikaitkan dengan rawatan kosmetik popular sehingga Ogos 2007, lapor majalah mingguan Focus. Dalam 28 kes, pengguna suntikan itu meninggal dunia.

Di Jerman, Institut Persekutuan bagi Perubatan dan Produk Perubatan menerima 210 laporan disyaki berkaitan dengan Botox, yang digunakan oleh berjuta orang di seluruh dunia untuk menghilangkan kedutan.

Lima daripada kes itu membabitkan kematian, menurut Focus. Botox dibenarkan di Amerika dan Eropah untuk merawat pelbagai masalah termasuk kekejangan kelopak mata atau leher selain mengendurkan kulit muka atau menyekat peluh berlebihan.

Namun, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (FDA) memberi amaran pada Februari lalu bahawa penggunaan Botox boleh menyebabkan kesan sampingan serius termasuk kematian, tetapi tidak pula mengharamkan suntikan itu.

Pada masa itu, ia menegaskan tiada pesakit yang menggunakan Botox bagi tujuan kosmetik meninggal dunia tetapi menggesa pengguna supaya berwaspada.

'Botulinum toxin' ialah racun biasa yang ditemui dalam makanan basi yang 400 kali lebih kuat berbanding sianida.

Apabila disuntik, dos yang sedikit melumpuhkan otot dan menghalangnya daripada bergerak selama empat hingga enam bulan - sesuai untuk menghapuskan garisan halus buat sementara tetapi berpotensi menyebabkan kematian jika ia memberi kesan kepada otot yang salah, kata pihak berkuasa.

Botox dan Kosmetik Botox memberi amaran pada label mereka mengenai kemungkinan tindak balas kurang baik berhampiran bahagian suntikan bagi setiap produk yang diluluskan penggunaannya, menurut FDA, dan 'kesan sampingan jarang berlaku' termasuk masalah menelan dan pernafasan teruk apabila produk itu digunakan pada pesakit yang mengalami gangguan otot.