Monday, January 18, 2010

Jarum Akupuntur

Kaedah akupuntur menyembuhkan penyakit penyakit adalah dengan mencucuk pada kulit manusia dengan menggunakan jarum yang diperbuat daripada logam terutamanya daripada besi waja yang tahan karat.

Dalam kes tertentu pula,jarum yang diperbuat daripada emas dan perak digunakan. Jarum moden iaitu yang diperbuat daripada logam adalah lebih baik dan mudah jika dibandingkan dengan penggunaan batu, tulang ataupun buluh. Jarum-jarum tersebut terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Menurut kajian, terdapat 9 jenis jarum yang mempunyai fungsi-fungsi untuk rawatan yang tertentu.

Pertama; jarum yang berbentuk anak panah di hujungnya. Digunakan untuk rawatan yang memerlukan penusukan ke atas permukaan kulit sahaja.

Kedua; jarum yang berbentuk bulat. Digunakan untuk mengurut.

Ketiga ; jarum yang tumpul. Digunakan untuk mengetuk dan menekan pada bahagian kulit.

Keempat; jarumnya tajam dan berbentuk 3 segi dihujungnya. Digunakan untuk merawat keracunan.

Kelima; jarumnya berbentuk pedang. Digunakan untuk memindahkan atau menyingkirkan darah.

Keenam; jarum tajam yang berbentuk bulat dihujungnya. Digunakan untuk penusukan yang cepat.

Ketujuh; jarum halus atau 'filiform'. Kebiasaannya digunakan untuk pelbagai rawatan.

Kelapan; jarum yang panjang untuk menusuk ke otot

Kesembilan; jarum yang besar untuk merawat arhritis.

Jarum-jarum yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz dan ketebalan. Ketebalan tersebut bergantung kepada kedalaman yang hendak dicucuk. Kedalaman sesuatu jarum bergantung kepada lokasi permukaan kulit tersebut. Pada kebiasaannya, kedalamannya adalah dari 3 hingga 10mm. Dalam kes-kes tertentu, kedalaman penyucukan boleh sampai sehingga 6 inci atau 12cm.

Pakar akupuntur akan menekan jarum ke permukaan kulit dengan menggunakan ibu jari sekiranya saiz jarum tersebut adalah pendek. Sekiranya saiz jarum yang panjang, ibu jari di sebelah kanan dan jari-jari di sebelah kiri digunakan untuk menekan permukaan kulit untuk dicucuk.

0 comments: