Monday, January 18, 2010

Akupuntur Merawat Penagih Dadah




Mengikut kajian penyelidikan saintifik tentang akupuntur yang telah dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan otak mengeluarkan 'endorfin' yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur.

Oleh sebab itu, banyak negara di seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong menggunakan kaedah tersebut bagi merawat penagih dadah jenis heroin agar dapat meningkatkan kadar endorfin.

Kaedah tersebut dikatakan berkesan kerana kebanyakan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka. Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis 'pintu' pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan otak rangsangan kesakitan sampai ke otak. Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud.

0 comments: