Saturday, January 16, 2010

Sekilas pandang...

Sebelum kita menyelami lebih jauh mengenai kosmetik akupuntur ini,kita perlu tahu terlebih dahulu mengenali apakah itu akupuntur.

Akupuntur merupakan kaedah perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik-titik tertentu badan yang dikenali sebagai 'Acupuncture point'. Ia adalah kaedah perubatan Cina paling awal ditemui iaitu kira-kira 5000 tahun dahulu. Terdiri daripada 2 perkataan Latin iaitu 'acus' yang bermaksud jarum dan 'punctura' yang bermaksud cucuk.Kaedahnya dengan menggunakan jarum-jarum halus yang telah tersedia dengan sucihama atau sterile, yang diperbuat daripada pelbagai logam seperti 'Jarum perak,Tembaga, dan Jarum Emas'.

Bagaimana Akupuntur Boleh Menyembuhkan?

Pada jarum-jarum telah tersedia magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat pada jarum tersebut. Apabila ia ditusuk ke suatu titik khas pada badan, jarum-jarum tersebut akan mengeluarkan rasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat, atau bengkak. Semua rasa-rasa yang dialami ini dikenali sebagai 'Deqi' yang mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai koleteral,channel atau meridian. Kesemua ini mampu mengeluarkan kuasa qi yang secukupnya untuk melega dan mampu menyembuhkan penyakit. Daripada kedutan wajah sehingga penyakit kronik seperti kanser. Akupunturis dicatat mempunyai bilangan pengamal yang terbesar di dunia kerana mencapai 95% kejayaan dalam menyembuhkan penyakit kronik yang tidak dapat diubati melalui kaedah lain.

Kosmetik Akupuntur

kaedah kosmetik ini telah lama digunakan pada era kegemilangan maharaja China dan di kalangan masyarakat elit mereka.
Kaedah rawatan ini masih menggunakan jarum-jarum halus yang ditusuk pada titik-titik tertentu di bahagian yang ingin diberikan 'wajah baru' seperi bahagian muka, telinga dan mata. Rawatan melalui kaedah ini tiada kesan sampingan langsung malah kurang rasa sakit. Ia juga mampu menghilangkan kedutan-kedutan pada bahagian-bahagian badan selain memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan total.

Kebaikan Kosmetik Akupuntur :

* meningkatkan penghasilan kolagen
* meningkatkan keanjalan kulit
* menghilangkan kedutan-kedutan pada kulit
* membantu melancarkan pengaliran darah pada wajah
* menghilangkan atau mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah,jerawat dan jeragat.
* tidak sakit dan terapi semualajadi yang akan meningkatkan penampilan diri.
* memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan bukan sahaja untuk kecantikan wajah.

Kaedah rawatan seperti ini telah popular di kalangan selebriti ternama barat seperti Madonna, Gwyneth Paltrow and Cher). Mereka membuat rawatan ini setiap minggu untuk menyingkirkan kedutan-kedutan pada wajah.

Seorang pengamal akupuntur New York, Billy Villano berkata ; "facial acupuncture stimulates the cells to lay down new collagen fibres under wrinkles, thereby filling them in".

Kaedah rawatan kosmetik akupuntur ini bertindak dengan cara menggalakkan pengaliran darah dan tenaga pada wajah serta menyeimbangkan fungsi badan. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang seterusnya akan membantu keanjalan kulit dan menjadi lebih muda.

Hasil daripada rawatan kosmetik akupuntur terserlah bukan sahaja pada kecantikan luaran yang diidam-idamkan, malah memelihara kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

0 comments: