Wednesday, May 19, 2010

AKUPUNTUR MINDA UNTUK KANAK-KANAK

KANAK-KANAK PUN ADA RESDUNG

PELAWAT KE SAM SHIFA

RAWATAN RESDUNG (DENGAN ASAP)





Saturday, May 15, 2010

ROADSHOW


DOKTOR AYSHAH SKINCARE PRODUCTS RANGE

IRIDOLOGI SEOLAH SCAN DALAM ORGAN

Sunday, May 2, 2010

AKUPUNTUR MATA

Ahad , 02 Mei 2010

bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991

BH Online

Sihat

Akupuntur mata
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/04/25

" v:shapes="_x0000_i1025">

Perubatan alternatif ini mampu pulihkan anggota secara semula jadi

PERUBATAN konvensional masa kini mengamalkan prosedur diagnostik yang maju, namun secara hakikinya, ia hanya mampu membantu pesakit bertahan dan mengawal penyakit yang dihidapi. Sebaliknya, amalan perubatan alternatif akupuntur yang diamalkan sejak 5,000 tahun dulu adalah prosedur yang terbukti mampu memulihkan anggota secara semula jadi, termasuk pelbagai masalah berkaitan penyakit mata.

Pengarah Urusan dan pengasas Klinik Komplimentari Sam Shifa, Dr Siti Aishah Mohamed Ali, berkata rawatan akupuntur membantu kestabilan Yin dan Yang dalam badan. Yin dan Yang adalah prinsip dasar dalam ilmu perubatan tradisional Cina. Yin (feminin, hitam, bersifat pasif) dan Yang (maskulin, terang, bersifat aktif) adalah dua elemen yang saling melengkapi dan disimbolkan sebagai air dan api. Apabila sesuatu elemen tidak stabil dalam badan, masalah mula timbul.

“Rawatan akupuntur saja tidak mencukupi, jadi saya melengkapi kaedah rawatan dengan ubat-ubatan ayurveda, homeopati dan rawatan penyejukan mata.” katanya yang memulakan operasi pusat berkenaan sejak tiga tahun lalu di Shah Alam.

Mengikut kajian pengamal akupuntur di Amerika Syarikat, Dr Gregory S Chen, kaedah seni perubatan akupuntur mampu memperbaiki atau memulihkan lebih 200 masalah kesihatan, termasuk mata seperti glaukoma yang mencecah 70 peratus, katarak (70 peratus) dan edema kelopak mata (75 peratus). Bayangkan apa yang dapat dicapai sekiranya rawatan akupuntur ini digandingkan dengan ubat-ubatan sel terapi seperti ayurveda, homeopati dan banyak lagi.

" v:shapes="_x0000_i1029">

Dr Siti Aishah berkata, kebanyakan pesakit yang menemuinya pernah mendapatkan rawatan konvensional atau pakar mata, namun masih tiada perubahan selepas sekian lama berubat.
“Bagi pesakit begini, saya akan menggunakan alat analisis Iridology, mengambil foto mata pesakit dan kita akan lihat punca masalah mereka dari situ.

Ada pesakit yang mengalami sakit mata kerana lebihan toksik, selagi toksik itu tidak dikeluarkan pemulihan akan menjadi lambat. Jadi kita akan buat prosedur nyahtoksin yang menumpu pada bahagian kolon, buah pinggang dan hati. Selepas itu rawatan akupuntur akan digandingkan bersama homeopati ataupun ayurvedik mengikut kesesuaian pesakit. Biasanya untuk masalah penglihatan yang kabur untuk kanak-kanak atau remaja, akupuntur akan digandingkan dengan perubatan homeopati,” katanya.

Menurutnya, ada dua keadaan rawatan akupuntur yang diamalkan, pertama ‘ashi point’ yang memfokus pada kawasan yang bermasalah dan ‘distal point’ yang menumpu pada organ (untuk distal point pemulihannya lebih menyeluruh). Ini kerana apabila jarum akupuntur ditusuk, ia akan membantu pemulihan pada organ. Apabila organ bekerjasama, pemulihan mata akan menjadi lebih cepat.

Kata Dr Aishah, antara punca utama ramai mengalami masalah rabun pada usia muda ialah terlalu lama di depan komputer, menonton televisyen terlalu dekat, cara membaca yang salah dan pemakanan yang tidak sihat.

Di Sam Shifa, pesakit diberikan dua rawatan sehari selama 10 hari sepanjang dua minggu. Setiap rawatan mengambil masa 30 minit dan pesakit perlu berehat selama sejam di antara sesi.

Selepas sesi selama dua minggu (20 rawatan), dua kebarangkalian yang mungkin dilihat iaitu penglihatan semakin baik atau tiada perubahan. Jika penglihatan semakin baik rawatan diteruskan pada minggu ketiga selama dua hari (dua sesi). Peringkat demi peringkat jumlah sesi akan berkurangan sehinggalah hanya sekali (dua sesi) sebulan untuk tujuan pengekalan.

Jika tiada perubahan, tunggu empat hingga enam minggu dan lihat jika perubahan berlaku. Sekiranya penglihatan semakin baik, teruskan dengan rawatan. Jika tidak, akupuntur bukanlah pendekatan terbaik untuk pesakit berkenaan.

Data klinikal menjelaskan dua rawatan sehari lebih berkesan dan dua minggu rawatan intensif menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding seminggu. Jumlah jarum yang digunakan untuk pesakit dengan penglihatan yang rendah berbeza iaitu di antara 5 hingga 15. Semua jarum ditusuk di tangan, kaki, dan dahi. Jarum tidak boleh ditusuk berhampiran kawasan mata dan setakat ini tiada kesan sampingan akibat rawatan akupuntur.

Bagi pesakit yang sudah melalui rawatan akupuntur, dicadangkan bertemu dengan pakar mata masing-masing untuk mengukur sejauh mana penglihatan anda semakin pulih. Rawatan akupuntur tiada kesan sampingan, tidak memberikan kesan pasca rawatan dan seratus peratus selamat diamalkan.

Jenis penyakit mata yang dirawat di pusat ini termasuk katarak, glaukoma, diabetik retinopati, ambliopia, degenerasi makular berkaitan umur, kekeringan mata, ketumbit mata, mata juling, kecederaan kimia, pembedahan kelopak mata (blepharoplasty), pterygium dan pinguecula.

" v:shapes="_x0000_i1030">

INFO: Pemulihan di rumah


· Mata kering dan lesu - Madu, minyak sapi atau minyak bijan - beberapa titik minyak ini membantu melembapkan mata dan mengembalikannya pada keadaan asal.


· Jintan hitam - Setengah sudu teh jintan hitam dimasukkan dalam secawan air sehingga separuh air termeluwap. Biarkan ia sejuk dan gunakan sebagai titisan mata.


· Mata tegang dan merah mata


· Campuran air mawar. Letakkan tiga titis air mawar ke dalam mata atau rendam kain lembut dalam air mawar, susu atau jus aloe vera dan letakkan ke mata sambil berbaring 10 hingga 12 minit.


· Timun, letakkan hirisan timun pada mata. Rasa sejuk


· Latihan mata
- Apa yang anda perlu ialah anda dan mata anda, kerusi tegak yang menyokong belakang, pakaian yang selesa.


· Langkah pertama - Gunakan kerusi penyokong belakang yang tegak.
Duduk dengan selesa di atas kerusi, pastikan kaki tidak bersilang dan tangan terletak pada paha. Pastikan paras dagu anda dan hanya gerakkan mata, bukan kepala atau leher. Bernafas dengan perlahan dan sekata sepanjang proses ini. Jangan memaksa gerakan, lakukan setakat mana mengikut keselesaan anda. Tutup mata anda untuk bertenang di akhir proses.


· Langkah kedua - Pandang atas dan ke bawah
Pandang ke atas sejauh yang mungkin, seolah-olah cuba melihat bahagian atas kepala anda. Tahan tiga saat, baru lepas. Pandang bawah sejauh yang mungkin seolah-olah melihat sejauh ibu jari kaki, ulang proses ini sebanyak tiga kali.


· Langkah ketiga - Pandang ke kanan dan ke kiri
Pandang kanan sejauh mungkin. Tahan tiga saat kemudian lepaskan. Ulang kiri dan kanan sebanyak tiga kali.